Saturday 22 March 2014

My moments !


Hai :) Selamat Tahun Baru #20Forteen , readers . Gambar di atas ialah gambar #Forever9 iaitu sahabat - sahabat terbaik aku . Aku sayang mereka sangat - sangat . Rasa lain bila mereka tiada di sisi aku ketika di sekolah . Aku amat merindui mereka :( Aku juga rindu kawan - kawan lelaki seperti Isyraq , Badri , Nasrul , Arif , Hamimi & ramai lagi :) Mereka bagaikan keluarga kedua aku di sekolah . Biar aku ceritakan pertemuan kami bersembilan ! :)


-- 2008 :) --

Tahun di mana aku berjumpa seorang gadis yang amat pintar lagi cantik iaitu , Nara Fara :) Dia amat pandai tapi suka membuli aku .. Maklumlah dulu aku kecil dari dia tapi sekarang saiz badan aku lagi besar dari dia . Dia pandai menari . Dan dia amat rapat dengan seorang gadis chubby , Myra Rara . Dia tidak cantik tapi manis orangnya :)

-- 2009 - 2010 :) --

Aku teruskan hidupku dengan pelbagai dugaan , cabaran dan hidupku terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang kelak iaitu straight A dalam UPSR . Dan terus menjalankan misi iaitu mencari kawan sejati . Lalu ku bertemu dengan gadis bersaiz sederhana Nana Liyana & Izzah Hery . Kami jalinkan persahabatan bersama sehinggalah pada tahun ..

-- 2011 :) --

Muncullah tiga orang gadis . Seorang manis , seorang terlalu tinggi , seorang lagi chubbyy iaitu Nikki Rara , Najiha Nysa & Fatin Wanie . Tapi malangnya hubungan kami tergendala akibat sebuah pergaduhan yang amat besar yang berlakunya selama sebulan [ ... ] Sebulan telah berlalu dan mereka bertiga telah berbaik semula , dan aku berfikir UPSR semakin hampir dengan aku . Mampukah aku menghadapi nya ? Nantikan kesudahannya .

-- 2012 :) --

Bermulalah cinta monyet #Forever9 iaitu Nara Fara & Ayim Rahman . Najiha Nysa & Badri Naim . Iqa Izzati & Qawiem Omar . Isyraq dengan cinta tak berbalasnya , Nikki Rara . Manakala aku , Izzah , Nana , Umairah tidak ada Cinta Monyet tetapi kami ada meminati seseorang yang orang lain tidak ketahui . Perjalanan hidup kami bersembilan terus berjalan walaupun penuh dengan kesedihan dari kebahagian . Cinta Monyet kami tetap dilanjutkan sehingga tahun yang penuh dukacita , tahun kami menghadapi UPSR .

-- 2013 :) --

Cinta Monyet kami ada yang sudah putus , ada yang masih kekal :) Kami belajar sungguh - sungguh dan keluarlah result UPSR pada 14 / 11 iaitu hari Khamis :) Aku & Myra Rara sahaja yang memperoleh 4A 1B dan yang lain 5A ! Aku bangga yang teramat kepada mereka yang berjaya . 30 Orang kot ! Gila tak bangga walaupun aku bukan salah satu darinya . Hidup harus diteruskan , life must be enjoy !

-- 2014 :) --

Mereka berjaya dan ini senarai sekolah mereka .

MyraRara - SMK Tambun
EZ - SRC
Nikki Rara - SMKA Sultan Azlan Shah
Nana Liyana - SMKA Sultan Azlan Shah
Najiha Nysa - SM Sains Tapah
Iqa Izzati - SMK Tambun
Nara Fara - MRSM Kepala Batas
Izzah Hery - MRSM Pengkalan Hulu
Fatin Wanie - SMS Raja Tun Azlan Shah


Proud of them ! Keep it up ! Life must be enjoy !